
Sulit
4 tahun
Menjalnkan hubungan intim
Saya wanita berumur 20thn…saya nak tanya klw saya menjalankan hubungan intim pda minggu lepas dan hari ini saya datang haid apakah saya hamil atau tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, kehamilan berlaku adanya persenyawaan antara sperma dan ovum. Antara tanda awal kehamilan adalah haid tidak datang. Hal ini kerana penempelan embryo telah berlaku di dalam rahim dan perubahan hormon menyebabkan haid tidak datang. Melihat kepada keterangan yang anda berikan, haid yang anda alami menandakan kehamiltan tidak berlaku.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Terdapat beberapa kaedah yang anda boleh lakukan untuk mengelak kehamilan seperti:
- Penggunaan kondom
- Pengambilan pil seperti pil kombinasi estrogen dan progesteron COCP
- Pengambilan pil kontraseptif kecemasan
- Penggunaan alat IUD
Sekiranya anda masih ragu ragu tentang status kehamilan anda, anda boleh melakukan ujian kehamilan air kencing di rumah atau ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.