Sulit
5 tahun
Nenek saya sering mengalami kaki bengkak di buku lali
Doktor, saya ingin bertanyakan untuk nenek saya yg berumur 77. Nenek saya sekarang mengalami bengkak hanya di buku lali di sebelah kanan. dan keadaan ini kadang-kadang ada, dan kadang-kadang tiada. Contoh nya 2 hari lepas bengkak, kemudian hilang. Hari ini bengkak semula. Apabila saya tanya sama ada bengkak itu sakit atau tidak, dia kata tidak sakit.
Apakah punca ini dan apakah cara untuk mengatasinya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit lutut dan buku lali anda boleh disebabkan:
- Masalah cakera tulang belakang - ini akan mengganggu saraf kaki
- Masalah darah beku dalam saluran darah - perkara ini boleh berlaku jika seseorang itu baru bersalin
- Jangkitan kulit - sellulitis
- Kista
- Masalah kronik: sakit jantung, hati dan buah pinggang
- Penyakit Guillain-Barre
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































