Sulit
2 tahun
Otot tangan bergerak sendiri
Saya lelaki, otot bahagian tangan kanan saya bergerak gerak, bergerak sekejap lepastu berhenti, lepas tu bergerak lgi kembali…keadaan ini sudah 24 jam seperti ini, dan amat merisaukan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Stress
- Terlebih kafein
- Diet yang tidak seimbang
- Kurang bersenam
- Anxiety
- Penyakit hipertiroid
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.