
Sulit
4 tahun
Pantang larang makanan yang diambil orang yang mempunyai masalah sakit gaut
doktor saya nak tanya orang gaut boleh minum air kacang soya ke
nenek saya sangat berpantang tentang makanan yang dia ambil tetapi disebabkan nak puasa ni dia nak minum air soya waktu sahur sbb senang cari dan mengenyangkan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat gout memerlukan preskripsi doktor kecuali ubat tahan sakit.
Selain ubat, pesakit juga boleh untuk mengawal sakit serangan gout dengan mengubah gaya hidup untuk mengurangkan penyimpanan asid urik. Antara yang dianjurkan untuk dilakukan adalah:
- Diet:
-kurangkan pemakanan yang melibatkan organ dalaman
-kurangkan makanan laut seperti sardin, makanan bercengkerang, bilis
-elakkan alkohol - Pertahankan hidrasi, minum sekurangnya 8 gelas sehari
- Elakkan trauma atau kecederaan di sendi-sendi yang biasa terkena serangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.