
Sulit
3 tahun
Patah kaki kanan tulang pega dan keting ..lutut sering sakit
Hai dokter… saya patah kaki kanan tulang peha dah keting…baru2 ni lutut kanan saya sering …sampai kan kdang2 tak boleh jalan atau pijak guna kaki kanan…mengapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Menurut kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah tidak boleh berjalan ataupun memijak dengan menggunakan kaki. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Umumnya gejala ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya termasuk
- Kecederaan lama
- Trauma
- Belum sembuh sepenuhnya
- Ketegangan otot
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Tulang patah
- Terseliuh
- Keretakan
- Kecedaraan otot ataupun otot koyak
- Masalah saraf
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor