
Sulit
4 tahun
Pedih semamsa membuang air kecil
Saya pernah mengalami pedih semamsa kencing adekah ia adelah jangkitan salur kencing dan ade kah penyakit salur kencing akan membuat urin berbuih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kencing pedih ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain dari jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang). Antaranya:
STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Saluran kencing tersumbat
“benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Untuk mengetahui punca masalah pedih ketika kencing yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu, gejala air kencing berbuih berkemungkinan merujuk kepada jangkitan saluran kencing. Namun, ianya juga boleh disebabkan kelajuan air kencing anda menyebabkan ia berbuih, sabun pencuci di dalam lubang tandas atau masalah kesihatan lain seperti protein di dalam air kencing.
Buat masa sekarang, anda sangat digalakkan untuk banyak meminum air kosong untuk mencuci saluran air kencing. Namun, anda harus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat, permeiksaan serta rawatang yang sesuai.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.