Sulit
4 tahun
Pelipat kaki kiri membengkak
Saya mengalami bengkak dipelipat kaki kiri.doktor telah menyuntik sedut keluar lendir.masih lagi bengkak dan susah untuk berjalan secara normal dan rasa lenguh pada pinggul kiri.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bursitis
- Cyst
- Osteoarthritis
- Dislocated knee
- IT (iliotibial) band syndrome
- Meniscal tear
- Patellar tendinitis
- Kecederaan ligamen
- Rheumatoid arthritis
- Gout
- Septic arthritis
Anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin jika anda ada gejala - gejala ini :
- Mana-mana kesakitan yang tidak kurang atau pulih dengan rehat yang secukupnya dalam masa beberapa hari perlu dinilai oleh doktor.
- Kecacatan yang jelas pada lutut atau sendi anda
- Tidak boleh menanggung berat badan pada lutut anda
- Bengkak lutut yang ketara
- Demam
- Rasa lutut seperti tiada sokongan
- Saliran dari lutut
- Luka besar
- Luka cecair
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.































