jean8788
5 tahun
Pendarahan Banyak dan Panjang
Hello, Doctor
Saya ada masalah period tak teratur, Saya jumpa pakar O&G untuk follow up check-up untuk nak hamil. Oleh kerana period sya tak teratur. Doctor Obgynae ada bagi saya consume Duphaston untuk 5 hari, selepas minum Duphaston saya tunggu period saya datang, selepas period di hari ke 5 saya continue consume Duphaston for 25 Days, Tapi period saya tak behenti until 22 Days from Day of my period. But still saya consume Duphaston. Okay tak kalau saya intake tranxemic acid untuk kurangankan pendarahan saya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Duphaston adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat:
- Senggugut
- Endometriosis
- Perdarahan disfungsional
- Premenstrual sindrom
- Keguguran
- Menopause
Antara kesan sampingan yang boleh didapatkan akibat pengambilan Duphaston adalah:
- Perdarahan
- Gangguan fungsi hati
- Kuning
- Sakit perut
- Gatal
Memandangkan ia adalah sebahagian daripada efek samping ubat, sebaiknya anda menemui doktor agar dos ubat dapat diatur suai dengan kondisi anda
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































