
Sulit
5 tahun
Penggunaan dilator bg viginismus
Doc sy ingin bertanya, adakah penggunaan dilator (latihan secara harian) boleh membantu masalah VIGINISMUS? Ini kerana saya merupakan penghidap viginismus selaam 10 tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terma perubatan yang digunakan untuk masalah yang anda nyatakan ialah vaginismus. Membawa maksud keaadan dinding faraj yang mengalami ketengangan atau kontraksi. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berlaku kepada wanita yang pertama kali melakukan hubungan kelamin.
- Boleh berlaku akibat daripada jangkitan kuman, trauma ataupun surgery pada bahagian kemaluan
- Masalah perhubungan rumah tangga ataupun stress
Rawatan merangkumi intervensi secara fizikal dan juga emosi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.