
Sulit
5 tahun
Pengidap hepatitis b
Hi dr,pada 2015 saya ada buat ujian darah untuk hepatitis b dan d sahkan positif ,pada masa yg sama saya mengandung dan melahirkan, ank saya mmg dapat vaksin hep b dari lahir sampai umur 2thun… Soalan saya ,pada umur berapa pula ank saya perlu mengambil vaksin hep b lagi …sekarang anak saya umur 5 tahun,adakah perlu tunggu sehingga dia remaja ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, vaksin Hepatitis B yang dijadualkan oleh kerajaan tidak ada ditetapkan untuk umur selepas 5 tahun. Anak anda terlindung dari jangkitan hepatitis B kerana anak anda telah menerima vaksin seperti yang dijadualkan. Anda boleh melakukan ujian darah untuk memeriksa tahap imunisasi anak anda terhadap virus hepatitis B ketika dia remaja. Sekiranya perlu, suntikan dos penggalak akan diberi untuk meningkatkan antibodi terhadap virus ini.
Selain itu, nasihat secara am untuk mengelakkan jangkitan hepatitis B ialah:
- cuci tangan selepas terdedah kepada darah pesakit hepatiti B
- gunakan kondom dengan pasangan
- elakkan daripada terdedah kepada darah atau mana-mana cecair badan penyakit hepatitis B seperti tidak menggunakan tuala yang sama
- tutup luka dengan teliti supaya tidak terdedah
- buang tuala wanita ke dalam plastik yang berasingan
- elakkan berkongsi benda tajam seperti pisau cukur, pemotong kuku, berus gigi, anting-anting atau barang kemas tindikan yang lain.
Anda boleh juga klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.