
Sulit
4 tahun
Penyakit Jangkitan klamidia
Hi dr,sy ingin bertanya,selepas 2 mggu ubat chlymidia,doxycycline hbis… ttpi sy masih merasa pada vagina dan dubur gatal2 dan sakit pda bdn pun masih ada,dan leher saya mula rasa lain.Akan tetapi saya menunggu 2 mggu lagi, ada ka sy perlu brjumpa doktor lain lg atau doktor yg sma? tq Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Berdasarkan keterangan anda, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan doktor anda sekali lagi dan memberikan aduan ini. Hal ini supaya pemeriksaan susulan dapat dijalankan sekaligus terapi/rawatan alternatif dapat diberikan kepada anda. Namun, secara umum, gejala gatal pada dubur dan kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kelamin seperti klamidia, gonore, herpes
- Akibat jangkitan cacing perut seperti cacing pita
- Gatal dubur akibat jangkitan kulit
- Gatal dubur akibat bulu dubur
- Penyakit usus seperti IBS ataupun IBD
- Akibat intoleransi laktose seperti susu
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.