
Sulit
4 tahun
Period berpanjangan, melebihi 2 minggu
Salam sejahtera. Saya wanita 20an mengalami masalah period berpanjangan setelah 2 bulan berhenti makan pil hormon (last pil 1/3/20). Period saya tidak datang pada bulan 4 dan mula datang period semula pada 3/5/20. Kini period saya tidak berhenti dan tidak berkurangan sudah melebihi 2 minggu. Sehari pad yang saya perlu tukar adalah 3 kali (saiz normal). Mohon pencerahan doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, haid yang berpanjangan adalah apabila haid berlangsung lebih 8 hari. Ia dapat dikenali sebagai pendarahan rahim abnormal. Darah haid yang berpanjangan ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.