
Sulit
5 tahun
Period datang lewat hampir 3 bulan, period terakhir pada bulan 1
saya wanita berumur 20 tahun saya tidak datang haid hampir 3 bulan, saya terakhir period pada 16 jan 2020. saya selalu mempunyai masalah period yang tidak menentukan tetapi ini adalah yang paling lama period saya tidak datang. dan juga pada bulan yang lalu saya telah memakan nerothisterone 5mg pills. Adakah pill ini yang menyebabkan period saya tidak menentu atau pun saya ada masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.