
Sulit
4 tahun
Period. Hamil / masalah lain
Sy wanita 24 tahun. Perkahwinan pertama gagal dan dikurniakan seorang anak berumur 2 tahun 2 bulan. Sy perasan lepas bersalin hasil Perkahwinan pertama dan sy menyusukan anak, period mcm tak teratur. Adakah normal? Soalan kedua, perkahwinan kedua sy pada 9/12/2020. Tetapi sy sedar period sy telah lewat trace melalui apps. lmp sy pada 4/11/2020 dan sampai ke hari ini saya masih belum period lagi. Adakah sy boleh mengandung kerana lepas seminggu perkahwinan, sy pjj dgn suami. Pada 19/12/2020 sy ada cek upt double line tapi satu kabur. Beberapa hari kemudian sy cuba cek lagi, tapi 1 line sahaja. Adakah sy mempunyai masalah lain seperti cyst/fibroid? Apakah tanda tanda jika kita ada cyst/fibroid? Boleh doc jelaskan? Terima kasih doc🙏🏻

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur dan kekeliruan berkenaan ujian kehamilan. Untuk makluman anda, gejala ini merupakan masalah yang sering muncul bagi para wanita. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius mahupun tidak. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan saluran kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh mengganggu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit
Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Bagaimanapun, berdasarkan soalan anda, antara tanda-tanda fibroid adalah seperti:
- Haid yang berlebihan dan menyakitkan, juga dikenali sebagai menorrhagia
- Kekejangan perut yang semakin teruk
- Kitaran haid yang berlarutan untuk tempoh panjang
- Kekurangan darah (anaemia) akibat haid berlebihan
- Sakit belakang bahagian bawah atau sakit kaki
- Sembelit
- Ketidakselesaan di bahagian bawah perut terutamanya dalam kes fibroid yang besar
- Kerap kencing
- Sakit semasa hubungan seksual, dikenali sebagai dyspareunia
Berkenaan dengan ujian kehamilan pula, ada kalanya ujian air kencing boleh mengelirukan apabila garisan kit muncul kabur. Terdapat beberapa punca pregnant test line boleh bertukar kabur seperti:
- Ujian UPT dilakukan terlebih awal.
- Air kencing yang terlalu cair.
- Alat ujian kehamilan yang kurang sensitif.
- Tamat tempoh penggunaan
- Menyimpan alat ujian kehamilan di tempat yang tidak betul.
- Jalur sejatan
- Keputusan tidak dibacakan dalam waktu yang dicadangkan.
- ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih