
maisarahruslan96
5 tahun
Period lebih dari 3 minggu
Saya wanita berumur 23 tahun dan belum berkahwin lagi. Saya ada masalah period yang melebih 3 minggu . Dan baru baru ini saya ada rasa sakit pada perut dia bahagian kanan , rasa seperti segugut .Apa yang perlu saya buat dr ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan sebelum diagnosis yang tepat dapat diperolehi.
Namun, berdasarkan keterangan puan, masalah haid yang berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
Ketumbuhan fibroid atau polip
Dysfunctional uterine bleeding
Penggunaan alat IUD
Kanser rahim atau cerviks
Masalah pembekuan darah
Kesan sampingan ubat-ubatan
Manakala untuk masalah sakit sakit perut di sebelah kanan, ini boleh berkait rapat dengan masalah haid anda atau mungkin masalah yang berbeza. Berikut merupakan kemungkinan sakit perut yang anda alami:
Ketumbuhan fibroid atau polip
Keradangan appendiks
Sista di ovari
Batu karang saluran buah pinggang
Jangkitan kuman pada buah pinggang atau pundi kencing
Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
Keracunan makanan
Masalah usus
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.