
Sulit
4 tahun
Period lewat,upt negative,pintu rahim terasa keras & kebawah
Saya wanita berumur 32tahun,berkahwin & ada seorg anak. Period saya sebelum ini teratur dan dtg tepat waktu,circle period 28hari. Stp kali hari last period saya akan meruang utk buang darah yg berbaki. 3hari sblm kitaran period saya bln ini,saya dapati ada lendir hijau cerah sbesar biji beras tapi tak berbau. Period tak dtg,dh 8hari ini. 2hari lps ada tnda drh warna gelap dgn lendir kelabu,tak byk keluarnya & tidak berbau. Hari ini tiada drh tpi lendir kelabu ada. Upt negative, dan bila saya meruang, terasa pintu rahim kebwh dan mengeras dan terasa seperti terbuka sedikit. Sebelum ini,tak pernah terasa rahim tu kcli tahun lepas semasa saya keguguran anak ke2. Saya bimbang sebab period tak dtg dan apa sebenarnya masalah saya. Perlukah saya rujuk pada pakar O&G?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan oleh puan.
Kami memahami haid anda lewat selama lapan hari beserta lendir hijau keras keluar daripada alat sulit anda.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami kurang pasti tentang pintu rahim anda yang terasa ke bawah dan mengeras itu, Hal ini memerlukan pemeriksaan fizikal daripada doktor.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!