Anonymous
6 tahun
Period tidak datang
Hi , Period tidak datng selama 3bulan . Kputihan selama 3bulan berterusan . Saya risau period tidak datang selama 3bulan . saya umur 18 , masih muda . Sebelum ni , period saya datang banyakk dn dlam masa yg pnjng . Sehari 5pad kena tkar . Tpi mengapa 3bulan ni period saya tidak datang dan saya sakit sedikit di bahagiann perut ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah haid lewat atau haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Namun begitu keputihan yang banyak, berbau atau berwarna lain adalah tidak normal. Ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kulat (kandidiasis)
- Bacterial vaginosis - bagi wanita yang sering menggunakan pencuci kelamin atau pewangi kelamin, ini boleh menyebabkan populasi bakteria faraj tidak seimbang dan menyebabkan simptom ini
- jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia, gonorea dan trichomonas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!
























