Sulit
3 tahun
Period tidak teratur 5 bulan
saya wanita 29 tahun, saya mempunyai masalah period tidak teratur sebelum ini 2 bulan baru period datang tapi kali ini last sy period pd bulan jan 2020 dan sehingga kini saya tidak period…saya juga makan ubat high blood dan juga ubat kolestrol. Adakah normal period saya tidak datang selama 5 bulan. dan boleh saya tahu sebab period saya tidak teratur terlalu lama. berat saya 110kg dan tinggi 164cm
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kitaran haid yang lewat kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.