Sulit
4 tahun
Pertanyaan berkaitan VIRUS HIV
Assalamualaikum doc… Sy nak tanya… Sy ad buat aktiviti berisiko 2 minggu lepas… Sy pakai kondom… Minggu ni sy dapat tanda sakit bawah rahang lepas tu ad cirit birit najis hitam… berlaku waktu pagi sahaja (hanya 1 hari) … saya ad sakit otot dan sejuk pada kaki dan tangan… Tanda lain sy xde alami…
Soalan kedua… Selepas 6 bulan dari tarikh aktiviti berisiko… Adakah masih boleh tahu ad virus hiv atau tidak melalui ujian darah…
Soalan ketiga… Sy ingan berkahwin pada tahu depan… Dalam bulan 12 tahun hadapan… Adakah bila buat ujian darah akan keluar positif (jiwa sy positif hiv)… Kerana telah melepasi 6 bulan dari aktiviti berisiko dan telah berhnti membuat aktiviti tersebut…
Sekarang ni sy sgt tertekan dan stres… Kerana sy mempunyai penyakit anxiety disorder, panic attack dan penyakit ocd menyebabkan sy stres y terlampau dan kemurungan…
Terima kasih doc… Harap doc dapat memberi jawapan untuk pertanyaan saya.
Terima kasih sekali lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- Pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
- Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- Radang usus
- Kanser usus
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko bagi anda mendapat jangkitan HIV kerana ia dijangkiti melalui hubungan seksual. Bagaimanapun, anda harus melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status HIV anda terlebih dahulu sebelum dipastikan hasil 6 bulan setelah pemeriksaan pertama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.