Sulit
4 tahun
Pertanyaan tentang penyakit HIV
Assalamualaikum doc… Sy nak tanya… Sy ad buat aktiviti berisiko 2 minggu lepas… Sy pakai kondom… Minggu ni sy dapat tanda sakit bawah rahang lepas tu ad cirit birit najis hitam…berlaku waktu pagi sahaja (hanya 1 hari) … Tanda lain sy xde alami… Sy juga ad penyakit anxiety disorder menyebabkan sy terlalu stres dan tertekan…
Soalan kedua… Selepas 6 bulan dari tarikh aktiviti berisiko… Adakah boleh tahu ad hiv atau tidak melalui ujian darah…
Soalan ketiga… Sy ingat berkahwin pada tahu depan… Dalam bulan 12 tahun depan… Adakah bila buat ujian darah akan keluar positif… Kerana telah melepasi 6 bulan dari aktiviti berisiko…
Sekarang ni sy sgt tertekan dan stres… Kerana sy mempunyai penyakit anxiety disorder, panic attack dan penyakit ocd
Terima kasih doc… Harap doc dapat memberi jawapan untuk pertanyaan saya.
Terima kasih sekali lagi.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat risiko bagi anda mendapat jangkitan HIV kerana ia dijangkiti melalui hubungan seksual. Bagaimanapun, anda harus melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui status HIV anda terlebih dahulu sebelum dipastikan hasil 6 bulan setelah pemeriksaan pertama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.