
Sulit
4 tahun
Perubahan warna kuku jari kelingking Di tangan kanan warna coklat cair dan ibu jari kaki Kiri Rasa kebas
Saya ada masalah perubahan warna pada jari kelingking tangan kanan. Warnanya adalah seperti coklat cair dan ibu jari kaki Kiri mula Rasa kebas. Peha Di bahagian Kiri Ada lebam. Tapi saya tidak langgar atau jatuh.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasiih kerana menhubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Secara umumnya, sakit-sakit tersebut pada individu yang masih di peringkat usia produktif (baca: working age group ) adalah lazim, lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti fizikal.
Untuk makluman anda, gejala kebas dan bengkak yang sering dialami pada malam hari, boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- pengumpulan cairan tubuh secara mendadak
- gejala alahan kepada sesuatu benda atau perkara
- kesan dari kerja berat
- gangguan kulit (psoriatic arthritis)
atau ia juga boleh menandakan penyakit yang lebih serius seperti:
- sindrom reynaud
- buerger disease
- gangguan reumatoid (rheumatoid arthritis)
- gangguan saraf (tunnel syndromes)
- gangguan muskuloskeletal
- trauma
- komplikasi obesiti
- gangguan saluran vaskular
- dan lain-lain
Namun untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat ( sekiranya perlu ) boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.