
Sulit
4 tahun
Post menopause, adakah boleh menyebabkan demam?
ibu sy berumur 57thn.apabila terkena air sejuk, suhu badannya tiba2 tinggi. adakah itu diantara simptom post menopause?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Berikut merupakan tanda-tanda seorang wanita sedang menghampiri fasa menopaus:
- Perubahan kitaran haid.
- Kuantiti pendarahan haid yang sedikit.
- Haid mungkin tidak datang langsung pada bulan tersebut atau datang dalam tempoh 2 atau 3 minggu.
- Haid akan berhenti terus.
Simptom paling ketara yang berlaku kepada wanita yang mengalami masalah menopaus ini ialah:
- Sensasi panas pada bahagian muka, leher dan dada yang boleh menyebabkan seseorang itu peluh berlebihan dan kulit menjadi kemerah-merahan. Keadaan ini juga dikenali sebagai ‘hot flushes’.
- Berpeluh apabila tidur pada waktu malam.
- Kesukaran untuk tidur.
- Nafsu atau ‘libido’ berkurangan.
- Mengalami masalah memori dan fokus sering terganggu.
- Faraj akan mengalami kekeringan serta gatal malahan akan berasa sakit apabila menjalinkan hubungan seks.
- Sering sakit kepala.
- Emosi cepat berubah dan sering kali berasa risau atau resah.
- Jantung bedebar-debar dengan kencang.
- Sendi berasa sakit atau kejang
- Lebih mudah mendapat jangkitan kuman pada saluran air kencing.
Justeru, demam bukan merupakan simptom bagi menopause dan ibu anda hendaklah berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan bagi mengetahui punca demam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.