
Sulit
5 tahun
Premature Ejaculations
Saya ada masalah ejakulasi pramatang. Saya lelaki berumur 26 tahun dan masih belum berkahwin. Tidak pernah melakukan hubungan seks, cuma onani sahaja. Saya sedar saya cepat pancut dalam masa tidak sampai 1 minit, kadang-kadang kurang dari 2 minit. Saya jarang onani. Apa yang boleh saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cepat pancut juga dikenali sebagai ejakulasi pramatang. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety , hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder , kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Sebaiknya anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan laun dapat diatasi dengan baik. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.