
intannazira021
4 tahun
Rasa nyeri bhg kaki dan tngan
Saya remaja prmpuan brumur 17 tahun. Sejak 4-5 blan yg lpas saya kerap mengalami rasa nyeri pada tangan dan kaki.saya mula mengalami rasa nyeri pada tahun lepas, saya bangun dari tidur rasa kaki kebas… Tpi rasa kebas tak hilang dan saya terus jalan dan semasa hendak turun tangga…kaki saya macam susah nak gerak dan rasa nyeri & macam tulang bergetar selepas 5 minit baru kaki saya boleh gerak… Pada tahun ini, saya kerap rasa nyeri/tulang bergetar pada bahagian kaki(dua2 belah) dan tangan (belah kiri)…kadang2 jari saya bergerak dengan sendiri…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kurang nutiren seperti vitamin B6 & B12, potassium, kalsium
- Anemia (kurang sel darah merah) juga boleh menyebabkan oksigen kurang sampai kepada saraf dan otot
- Masalah posisi tidur yang tidak kondusif yang menekan saluran darah atau saraf
- Masalah saraf tulang belakang atau otak - akibat penyakit degenaratif (seperti “Multiple Sclerosis”), masalah cakera tulang belakang (seperti “slipped disc”)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.