Sulit
3 tahun
Rasa pening nak menggigil
Kenapa rasa berdebar, pening, sesak nafas n pening yea. Apa masalahnya yea?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda hadapi mungkin berkaitan andatara satu sama lain atau tidak. Namun, pihak kami tidak boleh untuk membuat kesimpulan mengenainya sekarang.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini pening kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
vertigo
anemia (kurang darah merah)
jangkitan kuman/masalah di dalam telinga
orthostatic hypotension
pengambilan ubat tertentu
Manakala masalah sesak nafas yang anda alami berkemungkinan disebabkan oleh perkara seperti:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Rasa berdebar pula boleh disebabkan oleh masalah seperti:
Masalah ritma jantung
Masalah hormon tiroid
Masalah anxiety
Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Selepas melakukan aktiviti lasak atau melalui perkara yang mendebarkan atau menyeronokkan
Sekiranya anda mengalami gejala ini berterusan/ menganggu aktiviti seharian anda terganggu sila rujuk ke klinik dengan segera.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.