
Sulit
4 tahun
Rasa sakit di sekitar dada
Saya seorang perempuan berumur 24 tahun. Kebelakangan ini, saya sering rasa sakit dada di sekitar kanan tengah dan kiri dada. Bila sakit, saya nak tarik nafas, jadi lebih sakit. Hal ini mengganggu aktiviti harian saya. Dan saya risau tentang hal ini. Jika saya sakit dada, tiada simptom lain yg berlaku seperti sesak nafas. Mohon pencerahan doktor terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala sakit dada yang anda alami antaranya adalah:
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Gangguan penarikan otot (muscle strain)
- Kekurangan rehat atau kepenatan yang terlampau
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Gangguan kelenjar limfa
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- atau gangguan hormon (i.e. tiroid, kencing manis, dll.)
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.