
Sulit
3 tahun
Rasa sakit pada bahagian tengah tapak kaki
Saya berusia 33 tahun. Saya selalu mengalami masalah rasa tak selesa pada bahagian tengah tapak kaki dan saya ada terbaca mengenainya. Daripada pembacaan saya biasanya bahagian yang sakit itu berkaitan dengan perut/usus. Saya pernah bertanyakan perkara ini kepada doktor di klinik serta adakah saya perlu membuat ultrasound untuk mengetahui lebih lanjut, doktor kata tak perlu, hanya perlu minum banyak air sebab kencing kotor tapi saya minum air banyak dan ia sering berlaku. Saya perasan yang rasa ketidakselesaan pada tapak kaki sering berlaku sebelum saya period. Saya juga pernah mengalami gastrik yang teruk. Apakah kaedah health screening yang patut saya lakukan untuk memastikan apakah penyebab rasa ketidakselesaan pada tapak kaki. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi ketika ini iaitu sakit pada bahagian tengah tapak kaki. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, sakit tapak kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- kekurangan zat besi dan kalsium
- aktiviti yang membebankan
- tidak cukup rehat
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor dengan segera, seperti:
- rapuh/hakisan tulang
- Plantar fasciitis
Anda boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan umum termasuk pemeriksaan fizikal jika anda masih bimbang dengan gejala tersebut.
Jika anda ingin mengetahui perkara ini dengan lebih mendalam, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.