
Sulit
3 tahun
Resah Dan cemas , panas di tangan Dan kaki tetapi tidak demam. Dada berdegup
Saya wanita berumur 28 tahun…baru baru ni saya mengalami keadaan badan Yang kurang sihat. Saya berpeluh, mulut pahit tetapi deria Rasa ada apabila makan Dan masalah membuang air besar.saya berjumpa Dr Dan dr memeriksa bahawa saya tidak demam. Dr bekalkan ubat demam, vitamin c Dan antibiotik. Saya dah habiskan seperti saranan Dr . Tetapi sekarang saya berasa cemas . Masalah lain dah tidak Ada cuma saya berasa cemas seperti berpeluh dan panas di tangan Dan kaki tetapi tidak demam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon tiroid berlebihan
- menopaus
- sindrom Premenstrual
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.