
Sulit
5 tahun
Risiko air liur hepatitis B
Hi Dr…Ingin tahu adakah ujian HBsAg semasa 32 hari sudah memadai untuk mengetahui status risiko HBV? Jika merujuk kepada laman web CDC.gov menyatakan “HBsAg will be detected in an infected person’s blood an average of 4 weeks (range: 1–9 weeks) after exposure to the virus”. Mohon pandangan Dr. berhubung perkara ini? dan sekiranya ujian PCR DNA dilakukan pada hari ke 32 selepas risiko (pendedahan dengan air liur) adakah situasi sama dengan pengecaman melalui HBsAg? Bolehkah vaksinasi diambil selepas risiko? Terima kasih Dr.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Secara umumnya apa yang dimaksudkan dengan kenyataan dari laman sesawang CDC adalah 4 minggu adalah waktu pada kebanyakkan ujian menunjukkan keputusan positif. Namun sesetengah kes, ia mungkin memerlukan masa yang sedikit lama seperti sehingga 9 minggu.
Manakala bagi ujian PCR DNA, ia adalah ujian yang lebih konklusif untuk menjejak virus Hepatitis B kerana sesetengah ujian makmal mungkin sukar untuk mengesan virus ini. Ia adalah berbeza dengan pengesanan HBsAg kerana HBsAg adalah antigen permukaan virus dan mudah dikesan melalui ujian makmal. Vaksinasi perlu diambil sebelum menerima Hepatitis B dan sekiranya sudah menerima Hepatitis B, badan akan menghasilkan imunisasi melawan virus tersebut serta anda akan diberikan ubat untuk melawan virus tersebut.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.