Sulit
2 tahun
Sakit bahu dan lengan berdenyut denyut
Saya ingin bertnya ibu saya mengalami sakit bahu dan lengan sebelah kanan berdenyut-denyut…kdgkala sakit hingga ke dada…sering mengalami sakit2 badan juga…bhgn bawah lengan juga seakan keras dan bengkak (bkn benjolan) ibu saya mengalami simptom ini lebih kurg slps mengambil vaksin …beliau kerap sakit2 bdn…dan sakit di kwsn bahu…adakah disebabkan oleh pasca vaksinasi dan frozen shoulder…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ibu anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ibu anda. Bagi masalah sakit bahu dan lengan berdenyut-denyut, ia boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada bahagian tersebut
- Posisi tidur yang kurang baik
- Kekejangan otot
- Pasca vaksinasi
- Masalah saraf
Manakala sakit dada pada sebelah kanan boleh disebabkan oleh :
- Kecederaan pada tulang rusuk
- Costochondritis
- Pleuritis
- GERD
- Masalah hempedu dan hati
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk ibu anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.