
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut berlarutan
Salam sejahtera doc. Saya wanita brusia 25 tahun. Sy mengalami sedikit kesakitan di bawah perut. Stlh sy melakukan research, sy mendapati posisi itu ialah dibahagian ovari. Sy juga dpt merasakan kedua-dua bhgian itu sedikit kembang, tidak sperti biasa. Kesulitan untuk bgerak blarutan sudah 4 hari…hal ini membuat saya kebinggungan dan Mohon penjelasan dari doc. TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di ari-ari bawah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Berdasarkan penerangan anda, bahagian ovari anda juga kelihatan sedikit kembang dan perkara ini lebih menjurus kepada ketmbuhan pada bahagian abdomen seperti ovari, rahim, usus atau juga nanah.
Sebaiknya anda merujuk doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis dan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.