
Sulit
4 tahun
Sakit bawah pusat tepat nya atas tulang vagina
Saya wanita 24tahun ibu kepada dua org cahaya mata
Kenapa bhgian rahim sy sakit mcm senggugut ya
Tp x dtg haid pon…bende ni berlarutan dr sy lepas bersaling pertengahan bulan 11
Dia punya skit tu smpai kepinggang dibawak smpai ke kaki
Knpa ya skrg ni pun lega skit tp pinggang tu ya allah saaaaakiiittt sgt2
Kaki tangan semua lenguh2…doc boleh bagi cadangan apa perlu sy buat rawatan apa yg perlu sy lakukan…sakit sengugut brpnjngan ni sy rasa bila lpas bersalin ank no2

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit seperti senggugut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.