
Sulit
3 tahun
Sakit berdenyut di hujung jari tengah
Saya pelajar ting 2, selepas bangun tidur, saya terus mengalami sakit berdenyut di hujung jari tengah,saya cuba untuk meregangkan jari dan sebagainya untuk memudahkan pengaliran darah.saya juga meletakkan jari di dalam air sejuk tapi tak jadi apa", adakah saya perlu rujuk di klink/hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- masalah saraf
- triggered finger
- Keradangan
- tendon/ ligamen yang koyak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor