
Sulit
3 tahun
Sakit berdenyut walaupun dah makan ubat tahan sakit
Hi. Jari tangan saya kena pisau and luka besar. Saya dah pergi klinik cuci n dapatkn ubat. Saya dah makan ubat tahan sakit tapi jari saya still rasa sakit berdenyut. Adakah rasa sakit itu biasa walaupun dah makan ubat tahan sakit? Perlukah saya pergi ke klinik semula? Apakah tanda yang memerlukan saya pergi klinik semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa tanda-tanda bahawa luka di jari anda mengalami infeksi. Antaranya adalah:
- Ruam kemerahan.
- Demam.
- Rasa sakit.
- Perih.
- Luka terasa panas.
- Pembengkakan.
- Proses penyembuhan yang lama.
- Terbentuknya nanah.
Oleh itu, jika terdapat gejala-gejala seperti yang saya nyatakan di atas, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.