
Sulit
5 tahun
Sakit buang air besar
Hai. Saya lelaki dan ada teman lelaki. Saya ada melakukan hubungan di bahagian belakang saya.
Selepas 2 minggu saya ada masalah untuk buang air besar. Apabila saya cek saya dapati ada seperti ketulan kecil di bahagian anus saya.
Tidak ada sebarang cecair atau pendarahan.
Adakah saya mengalami masalah buasir atau STD seperti Gonorea?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan adalah masih kurang jelas untuk mendiagnosis penyakit sebenar yang anda alami. Akan tetapi, secara umumnya, sakit ketika buang air besar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Luka dubur
- Sembelit
- Buasir
- Kelainan kulit seperti ekzema ataupun ketuat
- Jangkitan seperti penyakit jangkitan seksual
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak 2 minggu yang lalu, serta anda mempunyai faktor risiko untuk terkena beberapa penyakit diatas, maka, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.