
Sulit
2 tahun
Sakit buku lali selepas bangun dari tidur
Sy wanita berusia 28 tahun. Sejak kebelakangan ini sy mengalami sakit buku lali apabila bangun dari tidur. Bila sy bangun dari tidur dan nak berjalan buku lali sy akan terasa sangat sakit. Hal ini berlaku boleh dikatakan hampir setiap hari. Dan rasa sakit tersebut akan menyusut sedikit demi sedikit selepas sy berjalan. Apakah punca kesakitan tersebut? Mohon doktor boleh berikan penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit buku lali boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- arthritis
- gout
- pseudogout
- jangkitan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.