
Sulit
5 tahun
Sakit dada dan cemas
saya wanita berusia 25 tahun. saya mengalami sakit dada sudah 2 hari selepas 3 hari lalu saya ada minum nescafe agak berlebihan atau lebih dikenali sebagai “dalgona coffee”. saya juga rasa cemas. adakah itu normal untuk simptom caffeine berlebihan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan kafein secara berlebihan boleh membawa simptom-simptom berikut:
- Jantung berdebar
- Sakit kepala
- Insomnia
- Cirit-birit
- Kehausan
- Sakit dada
- Pergerakan otot tidak terkawal
- Masalah ritma jantung
Selain itu, sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Radang paru-paru
- Jangkitan paru-paru
- Sakit pada bahagian otot, tulang dan saraf dada
- Anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.