
Sulit
4 tahun
Sakit dada dan kadang2 sesak nafas
saya lelaki berumur 27 tahun…saya telah mengalami sakit dada dan kadang2 sesak nafas sudah masuk 57hari…saya telah pergi ke hospital kerajaan sebanyak 2 kali…sudah cek ecg sebanyak 2 kali dan xray 1 kali…semuanya ok…doktor bagi ubat sakit dada dan gastrik tapi masih tiada perubahan…saya pergi ke hospital swasta sebanyak 2 kali…sudah cek ecg 2kali xray 1kali…amik darah 1kali…semua ok…pada kali pertama pergi doktor bagi ubat cucuk untuk gastrik dan ubat gastrik dan angin…kali kedua pergi doktor bagi ubat gastrik dan ubat sapu kat dada…sakit dasa masih tak baik sampai sekarang…apa patut saya lakukan untuk mengenalpasti sakit sebenar saya dan ubatinya dengan betul…

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit dada boleh disebabkan oleh:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Masalah sesak nafas secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.