
Sulit
4 tahun
Sakit dada pada cuaca panas dan pada waktu malam kebiasaannya
Saya perempuan berumur 14 tahun dan saya sering sakit di dada ketika ingin bernafas. Saya juga rasa seperti sesak untuk bernafas dan ia menyebabkan sakit di bahu sekali. Contohnya, apabila saya bernafas, saya rasa tidak puas untuk bernafas dan bahu saya pula sakit serentak. Saya juga bangun pada tengah malam kerana sukar untuk bernafas. Apabila berada di cuaca panas, saya rasa seperti hampir pitam tetapi saya cuba tahan sampai ke kereta. Tolong saya, apakah penyakit saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut.
- Gangguan cemas.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia)
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax atau gangguan paru-paru yang lain.
- Batu hempedu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.