
Sulit
2 tahun
Sakit dada,sakit tekak ,masuk angin
Saya berumur 22 tahun …Dua hari lepas saya ada beli makanan di hadapan hospital…selepas 2 jam saya rasa sakit dada dan masuk angin…apakah simpton² dia yaa…saya takot juga ni…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai dibawah
- Refluks asid perut
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantung ataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih