
hazalinismail
5 tahun
Sakit dada seakan di tekan
experiencing
Saya berumur 47thn, sejak semlm saya rasa sakit didada (between my breast)…saya tidur ok. Pagi tadi sakit tersebut pindah ke dada kiri (seakan ada tekanan).Bila saya tarik nafas dalam2 & baring lega sedikit.Tp bila bangun sakit tu datang semula. Tgn & kaki sejuk tp tiada peluh.Apa sakit saya ya Doc?Tq.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit dada bahagian tengah dan kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Muscle strain
- Sakit paru-paru
- Gastroesophageal acid reflux (GERD)
- Sakit jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.