
Sulit
4 tahun
Sakit dada seperti dicucuk, terasa panas. Sakit tekak. Badan lenguh-lenguh dan kurang selera makan
Saya umur 36 tahun… last saturday tiba-tiba rasa pening kepala… badan mcm bisa-bisa, lenguh…tekak sakit…bahagian dada terasa panas & mencuxuk…saya dah jumpa doc dan doc kata ini sebabkan simptom gas/angin yg byk dlm badan…tapi hingga ke hari ini masih sama walaupun dh mkn ubat…boleh Doc beri pandangan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, simptom badan terasa lemah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Kurang minum
- Kurang tidur
- Kurang istirahat
- Anemia (penyakit kurang darah)
- Kurang makanan berkhasiat
- Kadar gula rendah
- Hipotiroid (Penyakit kelenjar tiroid kurang aktif)
Bagi mengatasi masalah rasa lemah badan, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Disamping itu, pastikan untuk mendapatkan istirahat yang cukup, perbanyakkan minum air, dan mengamalkan pemakanan seimbang sesuai dengan aktiviti dan keperluan tenaga seharian.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.