
manapfaris
5 tahun
Sakit di bahagian abdomen
Isteri saya ada simptom sakit di bahagian abdomen berlarutan dua minggu. Sudah scan tiada apa-apa & kemungkinan masalah angin. Adakah angin medu sama dengan angin pasang(hernia)?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman atau bakteria
- gastrik
- luka pada perut (ulser)
- masalah pada pundi hempedu
-masalah sepanjang saluran pemakanan
Terdapat juga penyakit yang disebabkan oleh masalah wanita seperti
- kandungan di luar rahim
- fibroid dan adenomyosis
- masalah sistem peranakan terutamanya berkaitan dengan kitaran haid
Hernia kebiasaannya datang bersama dengan bengkak di bahagian abdomen dan ari-ari. Manakala angin medu (biasanya dikaitkan masyarakat setempat dengan faktor pemakanan ataupun perut kembung). Hernia biasanya berlaku kerana organ pencernaan keluar dari tempatnya dan lazimnya memerlukan pembedahan hernioplasty.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.