Sulit
3 tahun
Sakit di bahagian sendi2 jari setiap kali bangun pagi
Sy berumur 55 tahun ada masalah gastrik sejak sekian lama dari bangku sekolah. Sejak 2@3 tahun sy ade masalah sakit sendi jari tangan lebih ketara bila saya cuba gerak2 kan. Apakah punca penyakit saya ni doktor. Sekian. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit sendi di lokasi-lokasi tersebut boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Rheumatoid arthritis
- Reactive arthritis
- Osteoarthritis
- Lupus
- Pseudogout (akibat deposit kalsium)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































