
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian buku lali
Selamat pagi doc… Buku lali sy setiap pagi sakit sgt smpai tak.boleh berjalan…setiap pagi macam tu… Sakit akan berasur hilang bila sy paksa diri utk tahan sakit apabila sy pijak lantai sekuat hati

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Rheumatoid arthritis
- Osteoarthritis
- Bursitis
- Gout
- Kecederaan pada bahagian kaki, pergelangan kaki dan buku lali
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Masih risau dengan sakit kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.