
Sulit
4 tahun
Sakit dibahagian lutut selepas terpijak paku berkarat
Sy berumur 30tahun…pagi tadi sy terpijak paku berkarat semasa berada dikebun. Rawatan awal hanya basuh dibagian luka dgn air yg bnyak…tp selepas beberapa jam bahagian lutut sy terasa semakin sakit bila bergerak…adakah sakit lutut tersebut punca dri terpijak paku berkarat tersebut? Ape langkah2 yg harus sy lakukan skrg?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Umumnya amat sulit bagi kami untuk menilai apakah gejala sakit lutut itu benar-benar terkait dengan kesan akibat terpijak paku ataupun tidak, tanpa melaksanakan beberapa pemeriksaan lanjut. Atau ianya berlaku secara kebetulan, lazimnya sakit lutut boleh disebabkan
- trauma
- gangguan perdarahan
- gangguan muskuloskeletal
- komplikasi dari jangkitan
Walau bagaimanapun luka akibat terkena alat yang perkara sememangnya suatu kondisi yang agak berbahaya, memandangkan ia boleh mengakibatkan jangkitan bakteria tetanus yang sering dikaitkan dengan fenomena kancing gigi.
Oleh itu, saya sarankan, untuk langkah seterusnya anda perlu mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.