yuzlianayahaya
5 tahun
Sakit kaki Dan bengkak
Salam sejahtera doc, Anak Buah saya pada mula nya sakit kaki kiri bila masuk hari ke 3 kaki dia ada bengkak Dan kaki kanan juga bengkak. Umur baru 22 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelemahan hati atau heart failure
- Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
- Cirosis hati atau liver cirrhosis
- Nephrotic syndrome
- Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
- Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
- Duduk atau berdiri terlalu lama
Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu mengetahui punca kaki anda menjadi bengkak. Anda disarankan:
- Kurangkan berdiri terlalu lama
- Banyakkan berjalan
- Minum 1 dan kebawah jika anda mempunyai masalah buah pinggang atau jantung.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
































