
Sulit
3 tahun
Sakit Kaki pada bahagian atas kaki
Saya sakit kaki pada bahagian atas kaki. Dah 3 hari sakit tanpa sebab, bangun bangun pagi terus sakit, takde pulak penyakit ke, exercise teruk teruk ke, kaki kene bende berat ke.Bila jalan, dia tak sakit tapak kaki tapi akan sakit bhgian atas kaki. N menyebabkan susah utk bergerak. Ade benjol sikit kt bahagian atas kaki. Jadi mohon bantuan, mcmn nk selesaikan. Terima kasih

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- kista ganglion
- kecederaan pada tulang kaki
- kecederaan pada otot dan saraf pada kaki
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.