
Sulit
5 tahun
Sakit kepala menggeleng
Saya lelaki umur 21 tahun, saya ada masalah asid refluks, kebelakangan ini sakit kepala berdenyut dan terasa berat. Dua hari kebelakangan ini, saya sakit kepala ketika menggeleng dan berpeluh di bahagian belakang kepala. Kondisi berpeluh kadang2 pernah berlaku. Apakah kondisi kesihatan ssaya doktor?adakah noral terhadap pesakit asid refluks(GERD)?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.