Sulit

4 tahun

Sakit lengan kiri seperti dipicit kuat kuat

hi dok . sy wanita berusia 30 . kebelakangan ini sy kerap rasa sakit pada lengan kiri , seperti dipicit dan rasa lenguh . saya takut jika ini adalah tanda serangan jantung . 2 bulan lepas saya dah buat ecg dan normal . lepastu tekanan darah saya juga normal . adakah sakit pada lengan itu berbahaya ? adakah tekanan darah normal boleh kena serangan jantung ? adakah ecg pernah dibuat dah tak boleh pakai ? terima kasih dok .

Hai dan salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Kami faham kerisauan yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Kencing manis
  • Sebarang kecederaan pada tulang belakang
  • Kecederaan pada ‘brachial plexus’ ( ‘Brachial plexus’ merupakan cawangan saraf pada bahu, lengan serta tangan kita)
  • Carpal tunnel syndrome’. Ini merupakan sebuah masalah umum yang menimpa orang yang kerap menggunakan tangan serta jari mereka tanpa sebarang rehat menybabkan saraf tangan dihimpit struktur sekitar pergelangan tangan
  • Aliran darah yang tidak mencukupi
  • Trauma - pada siku atau pergelangan tangan
  • Masalah neurologi seperti Multiple Sclerosis, Sindrom Guillain-Barre
  • Gejala awal strok

Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am kerana kami memerlukan lebih banyak maklumat lanjut daripada anda.

Sama ada sakit pada bahagian lengan itu berbahaya ataupun tidak, anda perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui puncanya terlebih dahulu dan doktor akan merawat anda mengikut keputusan siasatan dan diagnosis yang telah dicapai.

Jika keputusan ECG anda normal, bermaksud anda tidak mempunyai masalah jantung. Kami sarankan anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun untuk memantau kesihatan anda.

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi di atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

AdobeStock_59157407

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)